NUBE PKP Perkukuh Solidariti di Zone Georgetown – CIMB GIOD & TMU 25 September 2025
NUBE Pulau Pinang–Kedah–Perlis (PKP) telah mengadakan lawatan Zone Georgetown dengan kunjungan ke CIMB GIOD dan TMU.
Delegasi diketuai oleh:
Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen (Pengerusi NUBE PKP)
Sdri Siti Haryati Kamal (Setiausaha Kehormat NUBE PKP)
Sdri Marjaan (Ahli Jawatankuasa NUBE PKP)
Sdr Baskaran Letchumanan
Dalam ucapannya, Sdr Abdul Jamil menekankan betapa pentingnya ahli-ahli kesatuan untuk terus bersolidariti di abad yang penuh cabaran ini. Kesatuan adalah benteng terakhir mempertahankan maruah dan hak pekerja.
Berita gembira turut dikongsi – hasil daripada perjuangan berterusan IRC dengan sokongan NUBE PKP melalui Grievances, pihak bank akhirnya akan menyediakan perkhidmatan lif dari bawah hingga ke tingkat 3. Ia merupakan bukti nyata bahawa kesatuan mampu membawa perubahan yang memberi manfaat langsung kepada ahli.
Ahli-ahli dari CIMB GIOD dan TMU amat menghargai usaha serta perjuangan yang dibawa oleh NUBE. Kehadiran kepimpinan memberi semangat baru kepada mereka, dan dengan penuh keyakinan mereka bertekad untuk terus berdiri teguh bersama kesatuan dalam memperjuangkan keadilan, kebajikan dan penghormatan di tempat kerja.
#NUBEPKP #NUBE #WorkerSolidarity #StruggleTogether #WorkersRights #SolidaritiPekerja #PerjuanganBersama #KesatuanKuat #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now