Dari CA19 ke CA20: Growing Stronger
Ini adalah segmen baharu kita yang dinamakan “Dari CA19 ke CA20: Growing Stronger”. Dalam siri ini kita akan kongsikan semua cadangan yang NUBE kemukakan untuk Perjanjian Kolektif ke-20 (CA20).
Saudara & saudari , ingatlah – apa yang kami kongsikan di sini hanyalah cadangan yang masih sedang diperjuangkan di mahkamah . Belum ada apa-apa yang diberikan lagi. Tetapi penting untuk anda tahu apa yang kita tuntut dalam CA20 supaya anda nampak penambahbaikan sebenar yang sedang diperjuangkan .
Dalam posting pertama segmen ini kita akan bincangkan Article 19 – Kadar Gaji.
Dalam CA19, kadar gaji asas adalah:
FSE1: RM2,370 → RM4,002 (kenaikan RM159)
FSE2: RM2,670 → RM6,054 (kenaikan RM218)
FSE3: RM3,130 → RM7,110 (kenaikan RM256)
Dalam CA20, NUBE mencadangkan:
FSE1: RM2,901 → RM4,898 (kenaikan RM195)
FSE2: RM3,268 → RM7,410 (kenaikan RM267)
FSE3: RM3,831 → RM8,703 (kenaikan RM313)
FSE4 (baharu): RM4,393 → RM9,996 (kenaikan RM359)
Apa maksudnya?
Julat gaji lebih tinggi untuk semua.
Kenaikan tahunan lebih besar ikut kos sara hidup sebenar.
Gred FSE4 baharu untuk peluang kerjaya lebih tinggi.
Kenaikan pada gaji maksimum dilanjutkan daripada 2 tahun kepada 3 tahun.
Inilah CA20 yang sedang kita perjuangkan – gaji lebih baik, pengiktirafan yang adil dan maruah pekerja bank terjamin.
One for all, all for one.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now