Artikel 19: Cadangan Kenaikan Gaji 22%
Saudara & saudari, ini adalah sebahagian daripada cadangan CA20 – dan perlu diingat, semua ini masih cadangan yang sedang kita perjuangkan di mahkamah. Buat pertama kali dalam sejarah, #KESUMA membenarkan MCBA mengetepikan rundingan dengan NUBE dan terus menolak isu ini ke mahkamah. Tetapi yakinlah, pimpinan dan pasukan guaman NUBE sedang bekerja keras tanpa henti untuk menentang ketidakadilan ini dan memastikan tuntutan anda terjamin.
Artikel 19 – Kadar Gaji
Dalam CA20, NUBE mencadangkan kenaikan gaji sekitar +22% bagi FSE1, FSE2, dan FSE3 berbanding CA19.
FSE1: +22.41% → +22.39% (Max)
FSE2: +22.40% (Permulaan & Maksimum)
FSE3: +22.40% → +22.41% (Max)
FSE4 baharu: Gred baharu dengan julat gaji lebih tinggi (RM4,393 → RM9,996).
Apa maksudnya?
Kenaikan gaji yang seiring kos sara hidup.
Pengiktirafan adil terhadap nilai kerani.
Laluan kerjaya baharu yang beri lebih harapan untuk masa depan.
Inilah CA20 yang kita perjuangkan – maruah, keadilan dan gaji yang lebih baik untuk semua pekerja. Bersatu kita pasti menang.
One for all, all for one.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now