01 Oct 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE KELANTAN/TERENGGANU KE BEBERAPA BANK DI KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, 25 September 2025 (Khamis)

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) Cawangan Kelantan/Terengganu telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke beberapa institusi kewangan di Kuala Terengganu melibatkan Affin Bank (HP), Hong Leong Bank, UOB, Public Bank, CIMB, Bank Muamalat dan MBSB.

Lawatan ini diketuai oleh:

Setiausaha Cawangan, Sdr. Mohd Azizul bin Fouzi

IR, Sdr. Helmie bin Ahmad

Ketua Zon Kuala Terengganu, Sdr. Nik Mohd Zulfazlie bin Nik Mustoffa

Sdri. Siti Khadijah binti Ya

Matlamat Lawatan

Program ini bertujuan untuk:

Memperkukuh hubungan antara NUBE dengan ahli di peringkat cawangan

Menyampaikan maklumat terkini berhubung Collective Agreement (CA) & Festival Aid (FA)

Menegaskan kepentingan memahami serta mempertahankan hak-hak pekerja

Selain itu, sesi pertemuan turut membuka ruang kepada ahli untuk mengemukakan pandangan, isu & cadangan bagi memastikan kebajikan mereka terus dipelihara. NUBE menegaskan bahawa semangat solidariti adalah asas utama dalam memastikan suara pekerja sentiasa didengari & dihormati pihak pengurusan.

Dalam pertemuan itu, Sdr. Mohd Azizul bin Fouzi menekankan bahawa setiap ahli perlu terus bersama dalam memperjuangkan hak pekerja:

“Solidariti adalah kunci kekuatan kita. Selagi kita bersatu, hak kita akan terus dipertahankan dan suara kita akan sentiasa dihormati.”

Lawatan ini sekaligus mengukuhkan komitmen NUBE dalam memperjuangkan hak & kebajikan ahli, selaras dengan prinsip kesatuan bahawa “One for all and all for one.”

#NUBEKelantanTerengganu #WorkerSolidarity #WorkersRights #KesatuanKuat #UnionStrong #NUBEMalaysia #HakPekerja #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]