01 Oct 2025

BERITA NUBE

 

Dari CA19 ke CA20: Growing Stronger – Artikel 19: Gred Baharu FSE4

Saudara & saudari, dalam CA20 NUBE mencadangkan sesuatu yang benar-benar baharu – iaitu penubuhan FSE4.

 

Dalam CA19, kita hanya ada FSE1, FSE2 dan FSE3. Ramai ahli yang sudah sampai ke puncak FSE3 lalu terhenti tanpa ruang untuk maju. Segala kerja keras dan tahun perkhidmatan panjang hanya diiktiraf sampai ke satu siling sahaja.

 

Dalam CA20, kita menuntut gred baharu:

FSE4: RM4,393 → RM9,996 (kenaikan RM359)

 

Apa maksudnya?

Laluan kerjaya baharu untuk pekerja kerani.

Pengiktirafan kepada ahli senior dan berpengalaman yang setia berkhidmat.

Harapan untuk terus berkembang, bukan terhenti di FSE3.

Isyarat jelas bahawa nilai pekerja kerani mesti diangkat lebih tinggi.

 

Saudara & saudari, FSE4 bukan sekadar tentang duit. Ia tentang maruah, penghormatan dan peluang untuk masa depan.

 

Inilah CA20 yang sedang kita perjuangkan – supaya setiap pekerja tahu khidmat mereka dihargai, dan masa depan mereka tidak lagi terhad.

 

One for all, all for one.

 

#CA20 #CA20GrowingStronger

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]