02 Oct 2025

BERITA NUBE

 

Lawatan Zon Timur Laut – UOB Jalan Kelawai, Pulau Pinang

Isnin, 29 September 2025

Hari ini, kepimpinan NUBE yang diketuai oleh Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Pengerusi NUBE PKP bersama dengan Sdr Baskaran Letchumanan telah turun padang melawat ahli-ahli kita di UOB Jalan Kelawai, Pulau Pinang.

Selain itu, kepimpinan turut berjumpa dengan ahli-ahli di Privilege Banking UOB. Kehadiran kepimpinan NUBE ini benar-benar menceriakan ahli-ahli kita – bukti bahawa perjuangan ini sentiasa dekat di hati kita semua.

Dalam lawatan ini, ahli-ahli telah diberi:

Update terkini mengenai Perjanjian Kolektif yang kini dalam perbicaraan di Mahkamah

Nasihat dan panduan berkenaan isu-isu tempat kerja

Penyelesaian praktikal yang memberi kelegaan kepada semua

Rata-rata ahli berasa sangat puas hati dengan penjelasan yang diberikan, dan lebih bersemangat untuk terus berdiri teguh bersama NUBE dalam perjuangan hak pekerja!

Terima kasih atas sokongan padu semua ahli – inilah kekuatan sebenar kita. Bersama kita lebih kuat, bersama kita terus mara ke hadapan!

#NUBE #Solidarity #WorkerUnity #Solidariti #TogetherWeStand #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]