Solidariti NUBE PKP Bersama Ahli di Maybank Union Street, Georgetown
30 September 2025 | Selasa
Kepimpinan NUBE PKP yang diketuai oleh Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen (Pengerusi NUBE PKP) bersama Sdr Baskaran Letchumanan telah mengadakan lawatan solidariti ke cawangan Maybank Union Street, Georgetown, Pulau Pinang.
Kehadiran kepimpinan disambut mesra oleh ahli-ahli yang jelas gembira dan teruja dengan kunjungan ini.
Antara perkara yang dibincangkan bersama ahli:
Perkembangan terkini Perjanjian Kolektif yang kini dalam proses perbicaraan di Mahkamah.
Pertanyaan berhubung Skim Insurans Kelompok AIA.
Nasihat serta panduan berkaitan isu-isu di tempat kerja.
Ahli-ahli menyatakan rasa puas hati dan terima kasih atas penerangan jelas, solusi yang diberi serta kesudian kepimpinan hadir mendengar suara mereka.
Terima kasih kepada semua ahli Maybank Union Street atas sambutan hangat. Bersama kita terus kukuhkan solidariti & perjuangan NUBE!
#NUBE #Solidarity #Georgetown #TogetherWeAreStronger #UnionStrong #WorkersRights #Solidariti
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now