03 Oct 2025

BERITA NUBE

 

Semangat Juang Ahli Sharifah Elida Binti Tuan Mohd: Inspirasi Dari Kuala Terengganu

Khamis, 2 Oktober 2025

Walaupun berdepan penyakit buah pinggang tahap 5, ahli kita Elida dari Public Bank Kuala Terengganu tetap tabah dan tidak pernah menjadikan sakit sebagai alasan untuk berundur.

Beliau terus hadir bersama rakan seperjuangan, menyertai aktiviti NUBE, malah sentiasa memberi sokongan moral dengan senyuman yang menguatkan semua di sekelilingnya.

Pada tarikh ini, NUBE bersama rakan seperjuangan telah mengadakan lawatan sosial ke rumah Elida. Kehadiran ahli menceriakan suasana, mengeratkan persahabatan serta menaikkan lagi semangat juangnya.

Elida benar-benar bukti bahawa kekuatan datang daripada hati yang tabah. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus melangkah, walau apa pun dugaan.

#NUBE #Solidarity #Inspiration #WorkerStrength #NeverGiveUp #Solidariti #Inspirasi #KekuatanPekerja #UnionStrong #JanganMengalah

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]