NUBE FAMILY DAY 2025 – KENANGAN SEUMUR HIDUP!
Tanggal 27 September 2025 di Lost World of Tambun, Ipoh akan kekal dalam memori kita Lebih 1,200 pax, ahli dan keluarga berkumpul untuk meraikan hari penuh keceriaan, tawa, persahabatan dan perpaduan.
Daripada majlis perasmian, zumba, permainan, hiburan hingga ke pelbagai aktiviti menyeronokkan, setiap detik mengingatkan kita bahawa NUBE bukan sekadar kesatuan, tetapi sebuah keluarga besar
Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan hari bersejarah ini, serta penghargaan khas kepada Jawatankuasa Penganjur atas kerja keras dan dedikasi sehingga Family Day ini menjadi kejayaan besar.
Gambar-gambar ini menceritakan segalanya – senyuman, kebersamaan dan memori yang akan dikenang selamanya
Di sebalik semua ini, kita diingatkan tentang apa yang menjadikan kita kuat: kesatuan dan solidariti kita. Inilah kekuatan terbesar kita, dan bersama-sama kita akan terus mempertahankan keadilan, maruah dan hak semua pekerja.
One for all, all for one!
#NUBEFamilyDay2025 #SolidaritiPekerja #NUBEBersatu #OneForAllAllForOne #NUBECares
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now