Mesyuarat Agung Tahunan NUBE – Public Bank Berhad Cawangan Langkawi
2 Oktober 2025
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) NUBE bagi Public Bank Berhad Cawangan Langkawi telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Oktober 2025, bertempat di bilik mesyuarat cawangan berkenaan.
Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli NUBE dari cawangan tersebut serta turut disertai oleh Sdr. Zaini Halidan (Ketua Zon Langkawi) bersama Sdr. Mohd Sukri Bin Mat (Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE Penang/Kedah/Perlis).
Agenda mesyuarat merangkumi perbincangan mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh pekerja bank, perkongsian perkembangan terkini berhubung Perjanjian Kolektif (CA), penerangan tentang pelbagai program yang dijalankan oleh NUBE, sesi taklimat bersama peguam bagi memberi pencerahan terhadap isu perundangan, serta perbincangan mengenai cabaran di tempat kerja dan langkah penyelesaian yang sesuai.
Selain itu, mesyuarat turut melaksanakan perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) bagi sesi 2025–2026.
Mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan penuh semangat solidariti. Kehadiran pimpinan zon serta sokongan padu daripada ahli membuktikan komitmen NUBE untuk terus memperjuangkan kebajikan dan hak pekerja bank, khususnya di Pulau Langkawi.
#NUBE #NUBEPKP #WorkerSolidarity #PublicBankLangkawi #UnionStrong #WorkersRights #TogetherWeAreStrong #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #PerjuanganBersama #OneForAllAllForOne #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now