MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) Maybank Queensbay - NUBE PKP
Bayan Lepas Pulau Pinang, 2/10/2025 - Wakil Nube PKP yang diwakili oleh Bendahari Kehormat Nube PKP iaitu Sdri Harinder Kaur PJM bersama AJK Cawangan Sdra Abdul Hafiz PJM ,Sdra Alvin PJM,Sdri Marjaan dan Sdra Mohammed Ayub hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi Maybank Cawangan Queensbay pada hari ini.
Mesyuarat berjalan dengan lebih santai dan kelainan dari rutin biasa kerana mesyuarat kali ini bertempat di sebuah Kafe 3 Adik Gemok. Menukar suasana boleh merangsang kreativiti dan idea-idea baru selain menjimatkan masa dan sumber.
Perlantikan AJK Penyelaras (IRC) Maybank Queensbay bagi sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan dan terdapat beberapa isu- isu penting turut dibincangkan iaitu:-
Pentingnya semangat perpaduan, sokongan, dan kerjasama dari setiap ahli kesatuan.
Sentiasa mematuhi Etika Pekerjaan.
Rujuk NUBE bagi mendapatkan sebarang khidmat nasihat dan maklumat yang tepat.
Impak positif menjadi Ahli kesatuan yang berkualiti.
"Insan yang berguna umpama pohon rendang, tempat orang lain berteduh di saat memerlukan."
#NUBEPKP #NUBE #Solidarity #UnionStrong #BersatuKitaTeguh #KesatuanPekerja #PerjuanganBersama
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now