Artikel 20: Untung vs Realiti
Saudara & saudari, mari kita lihat realitinya. Setiap tahun, bank-bank utama di Malaysia mencatat untung berbilion ringgit. CEO menerima bonus berjuta-juta. Pemegang saham bergembira.
Tetapi pekerja kerani – mereka yang memproses pinjaman, melayan pelanggan, dan memastikan sistem berjalan – masih menerima bonus 2 bulan gaji seperti dulu.
Sebab itu dalam CA20, NUBE menuntut bonus 10 bulan gaji – bukan sebagai ihsan, tetapi sebagai keadilan. Kerana apabila bank untung berbilion, setiap pekerja yang menjana keuntungan itu berhak mendapat bahagian yang adil.
Apa yang kita tuntut ini mudah:
Jika keuntungan bank meningkat setiap tahun, ganjaran kepada pekerja juga mesti meningkat.
Bonus yang adil bukan beban, tetapi hak.
Kesetiaan pekerja tidak boleh dibalas dengan sisa.
Saudara & saudari, bank mampu. CEO mampu. Tetapi yang mereka tidak mampu ialah menghadapi perpaduan kita. Apabila kita bersatu, suara kita tidak boleh disenyapkan.
Inilah makna sebenar CA20 – maruah, keadilan dan bahagian yang sewajarnya untuk setiap pekerja yang membina kejayaan ini.
One for all, all for one.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now