09 Oct 2025

BERITA NUBE

 

NUBE KEHILANGAN SEORANG AHLI YANG SETIA – EN. ZUHAL BIN SHAFEE

Pada 01 Oktober 2025, jam 8.04 pagi, NUBE KT telah kehilangan seorang ahli yang amat disayangi dan dihormati, En. Zuhal bin Shafee dari Maybank Gua Musang.

Walaupun beliau berdepan dengan kesakitan dan cabaran kesihatan, semangat perjuangan dan kesetiaan beliau terhadap NUBE tidak pernah luntur. En. Zuhal sentiasa bersama dalam perjuangan kesatuan, berdiri teguh memperjuangkan hak ahli dengan penuh keikhlasan.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat seluruh keluarga NUBE, khususnya warga Maybank Gua Musang yang amat mengenali keperibadian beliau yang mesra, jujur dan berjiwa besar.

NUBE mengucapkan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

#NUBE #Solidarity #Condolences #NUBEKelantanTerengganu #UnionFamily #ForeverInOurHearts #NUBEKT #Solidariti #Takziah #PerjuanganDiteruskan #InMemoriam

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]