09 Oct 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE KE MAYBANK CENANG MALL & MAYBANK LANGKAWI

03 Oktober 2025

Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE Penang/Kedah/Perlis, Sdr. Zaini Halidan (Ketua Zon) bersama Sdr. Mohd Sukri Bin Mat (AJK Kerja) meneruskan siri lawatan kerja di Pulau Langkawi pada hari kedua dengan melawat ahli-ahli di Maybank Cenang Mall dan Maybank Langkawi.

Lawatan ini menjadi wadah untuk:

Mendengar isu dan cabaran yang dihadapi ahli di cawangan.

Mengemaskini maklumat berhubung status Perjanjian Kolektif (CA).

Berkongsi perkembangan terkini program serta perjuangan NUBE.

Ahli-ahli di kedua-dua cawangan turut menyampaikan penghargaan dan rasa terima kasih kepada kepimpinan NUBE kerana sudi turun padang mendengar suara mereka secara langsung. Kehadiran pimpinan memberi semangat dan keyakinan bahawa kebajikan ahli sentiasa menjadi keutamaan kesatuan.

NUBE akan terus turun padang memastikan setiap ahli diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya.

#NUBE #NUBEPKP #Solidarity #UnionStrong #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KesatuanKuat #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]