LAWATAN KERJA NUBE KE BANK ISLAM LANGKAWI
3 Oktober 2025
Sebagai sebahagian daripada siri lawatan kerja di Pulau Langkawi, Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE Penang/Kedah/Perlis, diketuai oleh Sdr. Zaini Halidan (Ketua Zon) bersama Sdr. Mohd Sukri Bin Mat (AJK Kerja), telah melaksanakan kunjungan rasmi ke Bank Islam Langkawi.
Lawatan ini menjadi platform penting bagi kepimpinan NUBE untuk mendengar secara langsung isu, cabaran serta pandangan ahli di tempat kerja. Dalam sesi ini, Sdr. Zaini Halidan turut memberi kemas kini berkenaan status Perjanjian Kolektif (CA) serta berkongsi perkembangan terkini mengenai program dan inisiatif kesatuan.
Ahli-ahli Bank Islam Langkawi menzahirkan penghargaan atas kesudian pimpinan hadir sendiri bagi mendengar suara mereka. Kehadiran tersebut telah menyuntik keyakinan dan semangat bahawa kebajikan ahli sentiasa menjadi keutamaan utama NUBE.
NUBE akan terus teguh memperjuangkan hak, kebajikan dan kepentingan semua ahli di seluruh negara, demi maruah dan keadilan pekerja!
#NUBE #NUBEPKP #Solidarity #UnionStrong #WorkersRights #TogetherWeRise #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjuanganBersama #Langkawi #BankIslam
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now