LAWATAN KERJA NUBE KE CIMB LANGKAWI
3 Oktober 2025
Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP yang diketuai oleh Sdr. Zaini Halidan (Ketua Zon) bersama Sdr. Mohd Sukri Bin Mat (AJK Kerja) telah turun padang melawat ahli-ahli di CIMB Langkawi.
Lawatan kerja ini menjadi platform penting untuk mendengar isu-isu semasa, mengemaskini perkembangan Perjanjian Kolektif (CA) serta berkongsi hala tuju perjuangan NUBE dalam membela hak dan kebajikan pekerja bank.
Ahli-ahli CIMB Langkawi menzahirkan penghargaan atas kesudian pimpinan hadir mendengar suara mereka secara langsung. Kehadiran ini memberikan keyakinan bahawa kebajikan ahli sentiasa menjadi keutamaan kesatuan.
NUBE akan terus konsisten turun padang, memastikan setiap suara ahli didengar, setiap kebajikan dijaga, dan setiap hak dibela tanpa kompromi.
#NUBEPKP #NUBE #Solidarity #UnionStrong #WorkersRights #Langkawi #CIMBLangkawi #TogetherWeStand #OneForAllAllForOne #Solidariti #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjuanganBersama #BersatuKitaTeguh
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now