14 Oct 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE KE AFFIN BANK LANGKAWI

3 Oktober 2025

Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, diketuai oleh Sdr. Zaini Halidan (Ketua Zon) bersama Sdr. Mohd Sukri Bin Mat (AJK Kerja), telah meneruskan siri lawatan kerja di Pulau Langkawi dengan melawat ahli-ahli di Affin Bank Langkawi.

Lawatan ini menjadi wadah penting bagi pimpinan untuk mendengar secara langsung isu dan cabaran ahli di cawangan, di samping mengemaskini perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA) serta berkongsi maklumat mengenai program dan perjuangan semasa NUBE.

Ahli-ahli di Affin Bank Langkawi menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih atas kesudian pimpinan hadir bertemu mereka. Lawatan ini menyuntik semangat baharu dan keyakinan bahawa suara ahli sentiasa didengari dan kebajikan mereka menjadi keutamaan kesatuan.

NUBE kekal komited turun padang, memastikan setiap hak, suara dan kepentingan ahli terus dipertahankan tanpa kompromi.

#NUBEPKP #NUBE #Solidarity #UnionStrong #WorkersRights #AffinBankLangkawi #TogetherWeRise #OneForAllAllForOne #Solidariti #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjuanganBersama #BersatuKitaTeguh

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]