15 Oct 2025

BERITA NUBE

 

Artikel 26(4) Elaun Perbankan Hujung Minggu

Pekerja bank telah berkorban hujung minggu mereka selama bertahun-tahun. Saat orang lain berehat, kita masih di cawangan memastikan segalanya berjalan. Namun elaun RM60 sehari tidak pernah berubah sejak sekian lama

 

Tuntutan Kita Dalam CA20:

Naikkan Elaun Perbankan Hujung Minggu kepada RM300 sehari, sebagai pengiktirafan adil terhadap masa, tenaga dan masa dengan keluarga yang kita korbankan

Ini peningkatan 400% daripada CA19, pengiktirafan yang sudah terlalu lama tertangguh

 

Klausa ini berbeza daripada Elaun Perbankan 7 Hari di Artikel 21(9). Elaun itu untuk staf yang ditugaskan sepenuh masa di cawangan 7 hari. Artikel 26(4) melindungi mereka yang diarahkan bekerja pada hujung minggu walaupun tidak dalam jadual 7 hari.

 

Perjuangan ini bukan sekadar tentang wang. Ia tentang maruah, keadilan dan penghargaan kepada mereka yang terus memastikan sistem perbankan berjalan setiap hujung minggu.

 

#CA20 #CA20GrowingStronger

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]