LAWATAN KERJA NUBE SMJ KE MAYBANK PARIT JAWA, MUAR JOHOR
NUBE terus komited menjaga hak dan kebajikan setiap ahli, tanpa mengira jumlah atau lokasi. Satu lawatan kerja rasmi telah diadakan oleh pegawai NUBE SMJ, Sdr. Shah Alam dan Sdr. Aznor, bagi bertemu ahli-ahli di Maybank Parit Jawa, Muar Johor. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Sdr. Harun.
Walaupun hanya terdapat dua orang ahli di cawangan ini, mereka tidak pernah dianaktirikan oleh pihak kesatuan. Perjumpaan ini diadakan bagi mendengar masalah dan cabaran di tempat kerja, serta menyampaikan perkembangan terkini mengenai isu Festival Aid (FA) dan Collective Agreement (CA).
Bagi NUBE, jumlah ahli bukan ukuran perjuangan, yang penting ialah kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh kedua-dua ahli ini. Mereka adalah bukti bahawa semangat kesatuan tidak diukur pada bilangan, tetapi pada keutuhan hati dan semangat perjuangan.
#NUBESMJ #NUBE #Solidarity #UnionStrong #WorkersRights #MuarJohor #MaybankParitJawa #TogetherWeRise #OneForAllAllForOne #Solidariti #KesatuanKuat #PerjuanganBersama #HakPekerja #BersatuKitaTeguh
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now