17 Oct 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA RASMI PENGERUSI NUBE SMJ KE UOB MUAR

NUBE SMJ terus aktif menjalankan lawatan kerja rasmi di kawasan selatan tanah air. Kali ini, Pengerusi NUBE SMJ, Sdr. Kamarudin Bujang, telah menyantuni ahli-ahli di UOB Cawangan Muar. Kehadiran beliau disambut mesra oleh IRC UOB, iaitu Saudari Nabiha, Amirah, dan Isabelle Tan.

Walaupun kini di penghujung perkhidmatan, semangat perjuangan Sdr. Kamarudin untuk NUBE tetap membara. Beliau dengan rendah hati berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat kepada semua ahli agar terus kekal bersatu serta sentiasa memberi sokongan padu terhadap setiap aktiviti kesatuan.

Dalam pesanan penuh makna, beliau menegaskan:

“Kita akan kuat jika kita bersatu.”

Lawatan ini bukan sekadar pertemuan, tetapi simbol keutuhan perjuangan dan semangat solidariti yang menjadi nadi kekuatan NUBE.

#NUBESMJ #NUBE #Solidarity #UnionStrong #UOBMuar #TogetherWeRise #WorkersUnity #OneForAllAllForOne #Solidariti #KesatuanKuat #PerjuanganBersama #BersatuKitaTeguh #WorkersUnity

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]