TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM MUHAMAD HAFIZS BIN ABDULLAH SANI
Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian Allahyarham Muhamad Hafizs Bin Abdullah Sani, kakitangan RHB Bank Rantau dan ahli NUBE SMJ yang setia serta aktif dalam perjuangan kesatuan.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak tersayang.
Pengerusi Cawangan NUBE SMJ, Sdra. Amirul Safwan, bersama AJK Cawangan, Sdri. Zaiharini, telah hadir di Masjid Kampung Sawah, Rantau untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Beliau akan sentiasa dikenang sebagai ahli yang komited dan berdedikasi kepada perjuangan NUBE.
#NUBE #SMJ #Takziah #Condolences #KesatuanPekerja #UnionFamily #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now