CIMB HINA PEKERJA BERAGAMA HINDU MENJELANG DEEPAVALI!
Sebagai GLC kedua terbesar di Malaysia, CIMB menunjukkan sikap tidak sensitif yang mengejutkan terhadap penganut Hindu yang akan menyambut perayaan Deepavali pada 20 Oktober 2025.
CIMB telah menghina masyarakat Hindu dengan memutuskan untuk memindahkan gaji pekerja pada malam Deepavali, bukannya lebih awal seperti sepatutnya. Malah turut menafikan Bantuan Perayaan sebulan gaji yang telah diberikan pada tahun 2023.
Ketika masyarakat Hindu di seluruh negara sedang bersiap untuk meraikan Pesta Cahaya bersama keluarga, pengurusan CIMB sanggup membiarkan pekerja menunggu tanpa sekelumit empati dan tanpa rasa hormat terhadap budaya serta kepercayaan mereka.
Lebih mengecewakan, Ketua Sumber Manusia, Gurdip Singh, dan Ketua Hubungan Industri, kedua-duanya dari keturunan Sikh dan India, sepatutnya lebih memahami kepentingan perayaan ini kepada komuniti dan rakan sekerja mereka sendiri. Namun mereka gagal bertindak.
NUBE mengecam tindakan tidak sensitif ini dan menuntut permohonan maaf terbuka kepada semua pekerja yang terjejas. Kekurangan empati seperti ini amat memalukan dan tidak boleh dibiarkan berulang.
Penindasan dan penderitaan terhadap komuniti Hindu dalam kalangan B40 dan M40 ini turut disokong oleh Lembaga Pengarah CIMB, Bank Negara Malaysia, serta Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah, pemegang saham terbesar CIMB disebabkan Kerajaan Madani.
Adakah kepekaan budaya sekadar slogan kosong di CIMB?
Pekerja ada maruah, ada keluarga dan ada perayaan.
Hormat pekerja. Hormat keluarga pekerja. Hormat perayaan. Hormat kemanusiaan.
#NUBE #CIMBFailed #CIMBGagal #Deepavali #RespectWorkers #HormatPekerja #WorkersDignity #MaruahPekerja #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now