PEKERJA REBAH, CIMB BUAT TAK TAHU
Setiap pagi, ahli-ahli NUBE meninggalkan rumah untuk bekerja. Keluarga mereka yakin mereka akan pulang dengan selamat kerana tempat kerja iaitu bank dianggap sebagai kawasan yang selamat.
Namun, pada suatu hari yang malang, harapan dan keyakinan keluarga Bro Mohd Zake B Mohd Said musnah sekelip mata. Bro Zake, ketua keluarga, seorang suami, ayah, dan satu-satunya pencari nafkah, tidak akan lagi pulang ke rumah.
Bro Zake juga merupakan wakil NUBE di Cawangan CIMB Taman Daya, Johor.
Pada 8 Mei 2025, Bro Zake rebah dari kerusi kaunternya di CIMB Taman Daya.
Apa yang meninggalkan ahli-ahli NUBE, keluarga Bro Zake dan ramai pekerja lain dalam keadaan trauma, sedih dan marah adalah kegagalan CIMB yang gah dengan penjenamaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat (ESG) untuk menyediakan langkah-langkah keselamatan asas yang diwajibkan oleh undang-undang.
CIMB Taman Daya:
Tiada Penyelaras OSH (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Tiada Petugas Pertolongan Cemas terlatih
Tiada pelan tindak balas kecemasan
Tiada alat defibrilator automatik luaran (AED)
Pengurus cawangan sendiri mengakui bahawa pihak pengurusan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Kecuaian serius ini telah meragut nyawa Bro Zake serta menggugat keselamatan dan masa depan keluarganya.
Namun, tindakan paling kejam dan tidak berperikemanusiaan daripada pihak pengurusan adalah apabila Bro Zake terlantar di lantai, tanpa nadi, tidak bernafas, dan seluarnya lencun dengan air kencingnya, teller di kaunter diarahkan meneruskan perniagaan seperti biasa.
Seorang doktor dari klinik berdekatan telah dipanggil dan berusaha sedaya upaya menyelamatkan beliau, mula-mula di premis bank dan kemudian di kliniknya.
Namun segalanya sudah terlambat. Kita kehilangan Bro Zake.
Ini bukan sekadar satu tragedi.
CIMB telah mengingkari tanggungjawabnya dan melanggar undang-undang.
Tangan semua yang terlibat di CIMB, termasuk Lembaga Pengarah dan para pelabur, berlumuran darah kerana terus berdiam atas kegagalan mengelakkan kematian Bro Zake demi mempertahankan 'Maruah Korporat'.
Maklumat lanjut akan menyusul.
#KeadilanUntukZake #CIMBBertanggungjawab #KeselamatanPekerjaBukanPilihan #SuaraPekerja #JusticeForZake #CIMBAccountability #SafetyAtWorkMatters #VoiceOfWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now