LAWATAN KERJA RASMI NUBE SMJ KE PUBLIC BANK BUKIT PASIR & ALLIANCE BANK BAKRI, MUAR
NUBE SMJ terus giat melaksanakan lawatan kerja rasmi ke seluruh kawasan selatan, dan kali ini giliran Public Bank Bukit Pasir serta Alliance Bank Bakri, Muar menjadi destinasi kunjungan.
Dalam suasana di mana MCBA terus berusaha membisukan hak dan suara pekerja, NUBE tampil ke hadapan mengambil langkah proaktif bagi memastikan perjuangan tidak terhenti.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyampaikan perkembangan terkini mengenai isu Festival Aid (FA) dan Collective Agreement (CA) kepada ahli di peringkat akar umbi. Selain itu, pegawai kesatuan turut mendengar secara langsung permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh ahli di tempat kerja masing-masing.
Lawatan kerja rasmi ini juga secara tidak langsung mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat solidariti antara ahli, di samping menjadi wadah penting untuk menyalurkan maklumat dan memperkukuh kesedaran berkesatuan.
Diharapkan agar lebih banyak aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh semangat kesatuan dan perpaduan di kalangan semua ahli.
“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #UnionStrong #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #WorkersRights #PerjuanganBersama #MuarJohor #TogetherWeRise #OneForAllAllForOne #HakPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now