MESYUARAT BERSAMA AHLI – MAYBANK RAHANG, NEGERI SEMBILAN
Ahli Jawatankuasa NUBE SMJ telah dijemput menghadiri sesi perjumpaan bersama ahli-ahli di Maybank Cawangan Rahang, Negeri Sembilan.
Turut hadir dalam sesi ini ialah:
Sdr. Amirul Safwan (Branch Treasurer)
Sdri. Zaiharini (Branch Committee)
Sdri. Siti Hajar (Working Committee)
Perjumpaan ini menjadi ruang penting bagi ahli jawatankuasa membantu dan memberi pandangan terhadap isu-isu berbangkit di cawangan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah isu semasa di Maybank, keselamatan di tempat kerja, serta perkembangan terkini berhubung Collective Agreement (CA).
Selain itu, ahli juga digalakkan untuk menyertai seminar-seminar anjuran NUBE, serta aktif dalam menyokong perjuangan kesatuan di platform media sosial seperti Facebook NUBE Malaysia. Ahli jawatankuasa turut menggesa agar semua ahli turut serta dalam aktiviti kesatuan bagi memperkukuh semangat solidariti.
Ahli-ahli berpuas hati dengan penjelasan dan maklum balas yang diberikan, serta menyatakan komitmen mereka untuk terus memberi sokongan padu kepada NUBE dalam perjuangan menegakkan hak dan kebajikan pekerja.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #UnionStrong #KesatuanKuat #WorkersRights #PerjuanganBersama #TogetherWeRise #BersatuKitaTeguh #StrongerTogether #HakPekerja #UnityInAction #SuaraPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now