NUBE: Scammer Pun Suka Cara Outsourcing HSBC - Hati-hati!
Terus terang, pemboleh utama kepada penipuan hari ini bukanlah orang asing di sebalik komputer, tetapi bank seperti HSBC yang telah menyerahkan data peribadi dan kewangan pelanggan kepada vendor luar semata-mata untuk mengurangkan kos dan menambah keuntungan.
Perkhidmatan yang dahulu percuma kini dikenakan caj, dan maklumat peribadi pelanggan diurus oleh pihak luar di luar kawalan bank. Siapa sebenarnya yang mencipta keadaan sempurna untuk Scammer bermaharajalela?
HSBC tidak boleh mencubit bayi kemudian pura-pura menidurkannya.
HSBC tidak boleh mengaut untung daripada amalan outsourcing berisiko, kemudian berpura-pura memberi amaran dan akhirnya menyalahkan orang lain bila pelanggan kena scam.
Jika HSBC benar-benar prihatin terhadap keselamatan pelanggan, bank sepatutnya mengembalikan pengurusan data secara dalaman, akauntabiliti dan kepercayaan pelanggan.
Jangan berkhutbah tentang kewaspadaan sambil diam-diam menyuburkan risiko yang HSBC sendiri beri amaran!
#NUBE #HSBC #Scammer #PenipuanKorporat #CorporateScam #KeselamatanData #DataSecurity #HormatPekerja #RespectWorkers #HormatPelanggan #RespectCustomers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now