Artikel 27 (Klausa 10–11) Elaun Makan & Elaun Gangguan Masa
Ada ahli yang masih di tempat kerja walau kaunter sudah lama ditutup. Ada yang pulang ketika orang lain baru bangun. Dedikasi merekalah yang memastikan operasi bank terus berjalan, dan CA20 akhirnya menuntut pengiktirafan serta bayaran yang setimpal
Tuntutan Kita Dalam CA20:
Elaun Makan: RM16 → RM100 setiap kali
Elaun Gangguan Masa:
....10 malam–1 pagi → RM41 → RM50
....1 pagi–6 pagi → RM56 → RM85
....10 malam–6 pagi → RM135
Ini bukan soal wang semata-mata. Ini soal maruah.
Tiada pekerja patut pulang dengan perut kosong selepas berkorban waktu malam untuk memastikan sistem terus berjalan. CA20 menghargai setiap jam, setiap pengorbanan dan setiap denyut nadi pekerja bank di Malaysia.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now