Lawatan NUBE KT ke CIMB & BMMB Tanah Merah: Kukuh Hubungan, Erat Solidariti
29 Oktober 2025 (Rabu), Kelantan
NUBE Cawangan Kuala Terengganu (NUBE KT) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke CIMB Bank dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) di Tanah Merah. Lawatan ini diketuai oleh Setiausaha Cawangan, Sdr. Mohd Azizul bin Fouzi, bersama IR Sdr. Helmie bin Ahmad, AJK Sdr. Nik Mohd Zulfazlie bin Nik Mustoffa, dan Sdri. Siti Khadijah binti Ya.
Matlamat Lawatan:
Lawatan ini bertujuan untuk mendekati ahli di peringkat akar umbi, mendengar secara langsung pandangan serta isu di tempat kerja, serta memperkukuh hubungan silaturahim antara kesatuan dan ahli.
NUBE KT terus komited memperjuangkan hak dan kebajikan ahli, memastikan setiap suara didengari dan setiap masalah diberi perhatian sewajarnya. Pendekatan turun padang seperti ini membolehkan kesatuan memahami keperluan sebenar di lapangan dan bertindak lebih efektif dalam memperjuangkan kepentingan semua pekerja.
Semangat “One for all and all for one” terus menjadi nadi kekuatan NUBE KT, bersama kita teguh, bersatu kita menang!
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now