31 Oct 2025

BERITA NUBE

 

TIADA PENGGANTI BAGI INTEGRITI

Pada pertengahan tahun 2025, Datuk Khairussaleh Ramli (CEO Maybank), Datuk Mohd Rashid (CEO RHB) dan Encik Novan Aminuddin (CEO CIMB) mengumumkan bahawa pekerja mereka menerima gaji bulanan melebihi penanda aras gaji sara hidup RM3,100 seperti yang ditetapkan oleh KWSP dalam Belanjawanku.

Ini satu pembohongan besar, kerana masih ada pekerja dengan gaji pokok daripada dua kategori berbeza hanya sebanyak RM2,370.00 dan RM2,670.00.

Pada masa yang sama, apabila NUBE mencadangkan pelaksanaan gaji sara hidup untuk pekerja berpendapatan rendah di bawah Perjanjian Kolektif ke-20, bank-bank yang sama ini menolak cadangan tersebut.

Wakil daripada tiga bank ini yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan Bank Perdagangan Malaya (MCBA) merupakan dalang utama yang berpakat dengan Menteri Sumber Manusia untuk menafikan hak 15,000 pekerja bank daripada menerima Bantuan Perayaan sebulan gaji dan pelarasan gaji sejak 1 Januari 2024.

CEO-CEO ini telah mempamerkan korupsi pada tahap tertinggi dengan cara yang tidak jujur, mengaut keuntungan atas kesusahan pekerja bawahan, insan yang memastikan bank mereka terus beroperasi. Ini adalah bentuk korupsi paling berat, dan Bank Negara Malaysia (BNM) mesti menghentikan “Banktocracy.”

Seperti yang ditegaskan oleh bekas Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim, “Tiada pengganti bagi integriti.” NUBE menyeru Gabenor BNM yang kini memegang jawatan agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti untuk menyokong tadbir urus yang bertanggungjawab dan beretika demi melindungi sektor kewangan negara.

Malaysia pernah digelar sebagai negara “kleptocracy” di bawah pemerintahan BN. Adakah kini pihak berkuasa sedang melahirkan “Banktocracy” di bawah kerajaan Madani? Maka BNM hentikannya segera!

Ayuh sertai kami dalam Perarakan ke Bank Negara Malaysia! Suara anda penting. Berdirilah demi keadilan, maruah dan hak pekerja.

Khamis, 6 November 2025

Berkumpul jam 8.00 pagi

Dari NUBE House ke BNM

#NUBE #BankNegaraMalaysia #EndBanktocracy #TamatBanktocracy #IntegrityMatters #IntegritiPekerja #KeadilanSosial #SocialJustice #WorkersRights #HakPekerja #FightCorruption #LawanKorupsi #Solidarity #Solidariti #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]