01 Nov 2025

BERITA NUBE

 

SAMBUTAN DEEPAVALI NUBE PENANG/KEDAH/PERLIS MERIAH DENGAN WARNA-WARNI PERPADUAN

Union House NUBE PKP pada malam 31 Oktober 2025 disinari dengan cahaya dan warna semangat perpaduan apabila lebih 150 ahli dan keluarga hadir memeriahkan Majlis Sambutan Deepavali NUBE Penang/Kedah/Perlis (PKP).

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sdri Siti Haryati yang menzahirkan rasa syukur dan kegembiraan atas kehadiran ahli pelbagai kaum yang bersama-sama meraikan perayaan penuh makna ini. Beliau turut menegaskan bahawa Deepavali bukan sekadar pesta cahaya, tetapi simbol kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan serta lambang solidariti sesama insan.

Sementara itu, ucaptama oleh Pengerusi NUBE PKP, Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen menambah semangat malam tersebut dengan menyeru semua ahli agar terus berdiri teguh bersama kepimpinan kesatuan dalam memperjuangkan hak, maruah dan keadilan untuk semua pekerja bank. Beliau menegaskan bahawa hanya melalui solidariti yang kukuh dan kesetiaan terhadap perjuangan, NUBE akan terus menjadi benteng pelindungkepada seluruh ahli dalam menghadapi tekanan dan cabaran pihak majikan.

Beliau turut mengucapkan penghargaan tulus kepada semua ahli yang sentiasa menyokong aktiviti dan perjuangan kesatuan sambil mengingatkan bahawa kekuatan NUBE lahir daripada perpaduan, pengorbanan dan semangat setiakawan yang tidak pernah luntur.

Sepanjang majlis, suasana begitu ceria dan meriah apabila ahli serta keluarga tampil dengan pakaian tradisional berwarna-warni, bergambar bersama, menikmati jamuan makan malam dan cabutan bertuah yang mengujakan. Senyuman terpancar di wajah setiap yang hadir menandakan rasa gembira, seronok dan bangga menjadi sebahagian daripada keluarga besar NUBE.

Majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang menerangi langit malam — melambangkan semangat penyatuan dan perjuangan yang terus menyala di hati setiap ahli.

Sambutan ini bukan sahaja mempererat hubungan antara ahli pelbagai kaum, tetapi juga menyerlahkan semangat “Unity in Diversity” — teras kekuatan NUBE sebagai kesatuan yang sentiasa berjuang demi kebajikan dan keadilan pekerja bank di seluruh negara.

#NUBEPKP #Deepavali2025 #KesatuanKuat #UnionStrong #SolidaritiPekerja #WorkersUnited #PerpaduanDalamKepelbagaian #UnityInDiversity #NUBEMalaysia #BersatuKitaTeguh #TogetherWeRise #OneForAllAllForOne #SemangatPerjuangan #WorkersRights #KebajikanPekerja

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]