LATIHAN PENDIDIKAN PEKERJA ANJURAN ICT ILO
Turin, Itali, 1 Nov – Sdr. Yushamizan Bin Yusoff, ahli EXCO NUBE yang juga merupakan seorang jurulatih NUBE, dijemput oleh MTUC untuk mewakili Malaysia bagi menyertai latihan khas mengenai Pendidikan Pekerja di Pusat Latihan Antarabangsa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ICT-ILO) yang terletak di Turin, Itali.
Kursus ini dijalankan melalui pendekatan pembelajaran hibrid, yang menggabungkan sesi dalam talian sebelum peserta dipilih oleh ITC ILO untuk mengikuti sesi bersemuka di Itali selaras dengan kaedah pembelajaran moden yang menekankan interaksi global serta pertukaran pengalaman dalam kalangan aktivis buruh.
Latihan ini menghimpunkan 35 peserta dari pelbagai negara, dan Saudara Yushamizan dengan bangganya telah tersenarai antara 35 peserta terpilih daripada lebih 150 pemohon dari seluruh dunia. Satu pengiktirafan terhadap dedikasi, semangat dan keupayaan beliau dalam bidang pendidikan pekerja.
Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap komitmen beliau dalam memperkukuh ilmu dan kemahiran pendidikan kesatuan sekerja di peringkat antarabangsa.
NUBE menyatakan keyakinan bahawa pengalaman dan ilmu yang diperoleh Sdr. Yushamizan daripada program ini akan memberi impak positif terhadap pembangunan kapasiti ahli-ahli NUBE, kesatuan-kesatuan dan pekerja-pekerja di Malaysia.
Beliau diharap dapat meneruskan sumbangan dalam memperkukuh semangat solidariti dan mempertingkatkan keberkesanan latihan kesatuan yang dilaksanakan oleh NUBE pada masa hadapan.
#NUBE #WorkersEducation #ITCILO #Solidarity #GlobalLearning #UnionStrong #EmpoweringWorkers #TradeUnionTraining #NUBEMalaysia #PendidikanPekerja #KesatuanKuat #IlmuUntukPerjuangan #SolidaritiPekerja #KebanggaanMalaysia #BersatuKitaTeguh #PerjuanganBersama
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now