04 Nov 2025

BERITA NUBE

 

 

“Kita Turun 6 November Demi Maruah Pekerja!”

Dalam video ini, Bro. Muhamad Khalid, ahli NUBE yang bersemangat, menegaskan bahawa beliau akan bersama kita dalam Perarakan ke Bank Negara Malaysia pada 6 November ini.

Katanya, kita turun bukan sekadar bantahan, tetapi untuk tunjukkan perpaduan dan mempertahankan maruah pekerja!

Inilah semangat sebenar kesatuan! Kita berdiri bersama kerana keadilan tidak akan datang sendiri. Ia perlu diperjuangkan dengan keberanian dan solidariti.

Kepada semua ahli NUBE, ayuh turun bersama barisan hadapan kesatuan ini! Tunjukkan semangat, tunjukkan kekuatan, dan buktikan bahawa suara pekerja tidak boleh dipadamkan. Setiap langkah anda adalah perjuangan untuk maruah, hak dan masa depan pekerja Malaysia!

Khamis, 6 November 2025

Berkumpul jam 8.00 pagi

Dari NUBE House ke BNM

#NUBE #BankNegaraMalaysia #BerarakUntukKeadilan #MarchForJustice #WeFightInjustice #KeadilanSosial #SocialJustice #MaruahPekerja #WorkersDignity #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiDalamTindakan #SolidarityInAction #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]