“BNM, Sudah Banyak Aduan – Tapi Masih Diam!”
Dalam video ini, Bro. Muhammad Sylvester Stanley Abdullah, ahli NUBE yang berdedikasi, menyatakan sokongan penuhnya terhadap perarakan NUBE ke Bank Negara Malaysia pada 6 November ini.
Beliau menegaskan bahawa banyak aduan telah dibuat oleh NUBE kepada BNM, namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas! Sampai bila pengawal selia yang sepatutnya melindungi pekerja akan terus membisu?
BNM mesti bangkit dan tunaikan tanggungjawabnya! Jangan biarkan bank terus menindas pekerja tanpa tindakan. Kita berarak bukan untuk huru-hara, tetapi untuk menuntut keadilan, maruah dan hak pekerja bank di Malaysia!
Kepada semua ahli NUBE di seluruh negara, turunlah beramai-ramai bersama kami pada 6 November ini! Buktikan bahawa suara pekerja tidak akan dibisukan. Bersama kita tuntut keadilan di hadapan Bank Negara Malaysia!
Khamis, 6 November 2025
Berkumpul jam 8.00 pagi
Dari NUBE House ke BNM
#NUBE #BankNegaraMalaysia #BerarakUntukKeadilan #MarchForJustice #WeFightInjustice #KeadilanSosial #SocialJustice #IntegritiPekerja #IntegrityAtWork #FitAndProper #TanggungjawabBNM #BNMAccountability #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now