Ahli-Ahli NUBE Berarak ke Bank Negara Malaysia Demi Keadilan dan Integriti
Pagi ini, ratusan ahli NUBE dari seluruh Malaysia telah berarak dari Dataran Merdeka ke Bank Negara Malaysia dengan satu suara menuntut keadilan, akauntabiliti dan integriti dalam sektor perbankan negara.
Suasana penuh semangat apabila ahli-ahli memakai T-shirt “We Fight Injustice” berdiri teguh dalam solidariti. Ucapan berinspirasi telah disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NUBE Bro Mohd Faisal, Bro Gobiraj, Bro Mohd Azizul, Bro Jamil Jalaludeen dan Presiden NUBE Bro Michael Tan, serta pemimpin MTUC Bro Kamarul Baharin dan Dato’ Mohamed Dauzkaply.
Perarakan ini diakhiri dengan ucapan bersemangat daripada Bro J Solomon yang menegaskan bahawa “BNM mesti bangkit, buka mata dan hentikan 'BANKTOCRACY' yang telah merampas hak pekerja.”
NUBE merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia atas kerjasama dan profesionalisme mereka dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar dan aman. Perarakan berakhir dengan selamat pada jam 11 pagi dengan semangat ahli-ahli yang kekal membara.
NUBE mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang berdiri teguh hari ini.
Inilah makna sebenar perpaduan.
Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu!
#NUBE #BankNegaraMalaysia #BerarakUntukKeadilan #MarchForJustice #WeFightInjustice #KeadilanSosial #SocialJustice #MaruahPekerja #WorkersDignity #PekerjaBersatu #WorkersUnited #HentikanBanktocracy #StopBanktocracy #SolidaritiDalamTindakan #SolidarityInAction #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now