KENAPA NUBE BERARAK KE BANK NEGARA MALAYSIA?
Ada yang tertanya-tanya mengapa NUBE berarak semalam dan apa yang kami tuntut daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Jawapannya mudah, kerana BNM terus berdiam diri walaupun bank-bank di bawah kawal selianya melakukan pelbagai salah laku terhadap pekerja.
Dari penindasan hak kesatuan hingga tempat kerja tidak selamat, BNM tidak lagi boleh bersembunyi di balik alasan “pengawasan teknikal”.
Kami sudah edarkan risalah ini kepada orang ramai semalam, dan kini kami kongsikan di sini supaya semua boleh baca sendiri 10 kesalahan utama bank dan 6 tuntutan rasmi NUBE kepada BNM.
Baca, faham, dan sebarkan, kerana perjuangan ini bukan hanya untuk ahli NUBE, tetapi untuk setiap pekerja yang mahukan keadilan dan akauntabiliti di sektor kewangan negara.
Klik flyer di bawah untuk baca tuntutan penuh kami.
#NUBE #BankNegaraMalaysia #BNMSenyap #BNMSilent #KeadilanPekerja #WorkersJustice #TuntutanNUBE #NUBEDemands #WeFightInjustice #AkauntabilitiSekarang #AccountabilityNow #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiPekerja #WorkerPower #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now