LIPUTAN MEDIA: NUBE TUNTUT TINDAKAN TERHADAP CEO BANK!
Akhbar harian Cina melaporkan perarakan NUBE ke Bank Negara Malaysia semalam sebagai tindakan tegas pekerja bank menuntut keadilan, integriti dan akauntabiliti daripada pihak berkuasa kewangan negara.
Artikel tersebut menegaskan bahawa NUBE mewakili 15,000 pekerja bank di seluruh Malaysia, dan mengemukakan 6 tuntutan utama, termasuk:
1. Mendesak 17 CEO bank menyelesaikan semua isu tertunggak dengan kesatuan.
2. Memastikan bank mematuhi undang-undang dan peraturan buruh.
3. Menghapuskan caj perkhidmatan bank untuk golongan B40 dan M40.
Media Cina turut melaporkan bahawa NUBE bersuara lantang menyuarakan tuntutan pekerja bank kepada Bank Negara Malaysia, menuntut agar badan itu mengamalkan prinsip keadilan, integriti dan tanggungjawab.
Liputan ini menunjukkan suara pekerja bank kini bergema merentas bahasa dan sempadan.
Kita tidak bersendirian dalam perjuangan ini.
Baca laporan penuh di sini: https://pocketimes.sinchew.com.my/?p=7007361
#NUBE #BankNegaraMalaysia #BNMSilent #BNMSenyap #KeadilanPekerja #WorkersJustice #IntegritiKewangan #FinancialIntegrity #TuntutanNUBE #NUBEDemands #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #WeFightInjustice #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now