10 Nov 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN NUBE PKP KE CIMB CAWANGAN USM, PULAU PINANG (ZON TIMUR LAUT)

Lawatan kerja NUBE Pulau Pinang & Kedah Perlis (PKP) ke Zon Timur Laut telah diketuai oleh Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen (Pengerusi), bersama Sdri Siti Haryati (Setiausaha Kehormat), Sdr Zainul (Naib Pengerusi), Sdri Harinder (Bendahari) dan Sdr Cheng Al Vin.

Delegasi kepimpinan NUBE PKP telah melawat ahli-ahli di CIMB Cawangan USM, Pulau Pinang bagi memperkukuh semangat solidariti serta mempererat hubungan antara kesatuan dan ahli di tempat kerja. Kehadiran kepimpinan disambut dengan penuh mesra dan semangat kebersamaan oleh ahli-ahli cawangan.

Dalam sesi lawatan ini, ahli-ahli telah diberi kemas kini berkenaan perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA) yang kini di Mahkamah Perusahaan, serta penjelasan mengenai cadangan-cadangan NUBE dalam CA terbaru. Penerangan ini membantu memperkukuh kefahaman ahli terhadap perjuangan kesatuan dan halatuju bersama.

Lawatan ini berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kekitaan membuktikan keutuhan sokongan ahli terhadap kepimpinan NUBE PKP.

#NUBEPKP #SolidaritiPekerja #UnionStrong #KesatuanKuat #PerjuanganBersama #TogetherWeRise #BersatuKitaTeguh #OneForAllAllForOne #SuaraPekerja #WorkersUnity #NUBEMalaysia #SolidarityForever #KekuatanKesatuan #DignityAndJustice

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]