11 Nov 2025

BERITA NUBE

 

Mesyuarat Tahunan Bersama Ahli NUBE Maybank Subang Jaya

Pada 7 November 2025, Ketua Zon Subang Jaya merangkap AJK NUBE KLSP, Sdra Nur Muhammad Tamjidullah Bin Moktar, bersama Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE KLSP, Sdra Ahmad Fareed Bin Abu Hasan, telah berjumpa dengan ahli-ahli di Maybank Cawangan Subang Jaya bagi mengadakan mesyuarat tahunan.

Agenda utama mesyuarat memberi fokus kepada:

1. Perarakan dan Perhimpunan Aman di Bank Negara Malaysia

2. Isu-isu semasa di cawangan

3. Status terkini Perjanjian Kolektif ke-20 (CA20)

4. Penerangan terperinci berkenaan CA sedia ada

5. Isu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA)

Ahli-ahli NUBE Maybank Subang Jaya turut melontarkan pelbagai soalan bagi mendapatkan pencerahan dan pengetahuan lanjut tentang hak-hak mereka sebagai pekerja.

Kehadiran wakil dari NUBE KLSP disambut dengan penuh semangat oleh ahli-ahli yang berdiri teguh bersama kesatuan dalam memperjuangkan hak, maruah dan masa depan semua pekerja bank.

#NUBE #NUBEMalaysia #KesatuanKuat #UnionStrong #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #HakPekerja #WorkersRights #BersamaKitaKuat #TogetherWeAreStrong #PerjuanganBersama #UnitedForJustice #OneForAllAllForOne #KebajikanPekerja #DignityAndRespect

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]