SANTUNI AHLI DI LAPANGAN: KESATUAN PRIHATIN, AHLI DIHARGAI - NUBE PKP
Ke Desa Indah Bersama Teman,
Melihat Sawah Menghijau Pandangan.
Lawatan Lapangan Bukan Sekadar Jalan,
Tapi Mendengar Dan Faham Keperluan.
Sungai Ara, Penang | 29 Oktober 2025 – Pegawai NUBE PKP iaitu Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Harinder Kaur PJM, bersama AJK Cawangan, Sdra Alvin PJM, telah mengunjungi Hong Leong Bank Cawangan Sungai Ara.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja rutin yang dilaksanakan oleh pegawai kesatuan bagi memperkukuh hubungan dengan ahli, mendapatkan input serta pandangan berhubung pelaksanaan aktiviti kesatuan, dan meninjau kebajikan ahli di lapangan. Tujuannya adalah bagi meningkatkan keberkesanan serta kecekapan organisasi dalam memperjuangkan hak pekerja.
Syabas dan terima kasih kepada semua ahli kesatuan yang sentiasa memberi sokongan dan terus bersama dalam setiap langkah perjuangan NUBE. One for All and All for One!
#NUBEPKP #NUBEMalaysia #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #KesatuanKuat #UnionStrong #HakPekerja #WorkersRights #BersamaKitaKuat #TogetherWeAreStrong #PerjuanganBersama #UnitedForJustice #KebajikanAhli #EmpoweringWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now