"SAYA TIDAK SETUJU. I TAK TAHU" JAWAPAN KEGEMARAN MCBA DALAM MAHKAMAH HARI INI
Pagi tadi di Mahkamah Perusahaan, Wisma Perkeso, Kuala Lumpur, ruang mahkamah dipenuhi oleh ahli-ahli NUBE dari seluruh negara. Ramai yang sanggup mengambil cuti untuk hadir dan menyaksikan sendiri bagaimana MCBA dan pasukan peguam mereka berusaha untuk melemahkan Perjanjian Kolektif (CA20) kita.
Artikel 42 hingga 45 dari cadangan CA20 telah dibahaskan hari ini yang meliputi hak-hak penting bagi melindungi pekerja bank seperti Dialog Sosial, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bantuan Perayaan serta Latihan dan Pemerkasaan Pekerja. Namun setiap hujah dan soalan yang dikemukakan oleh peguam NUBE dijawab dengan angkuh oleh wakil MCBA dengan kata-kata yang sama, “Saya tidak setuju. Saya tak tahu.”
Malah beliau turut menjawab “Saya tidak setuju” apabila ditanya sama ada dialog sosial penting untuk mengekalkan keharmonian industri. Jawapan itu sudah cukup menggambarkan segalanya. MCBA dan 17 CEO bank ternyata tidak percaya pada dialog, hanya pada dominasi.
Namun kita tidak akan berdiam diri. Kehadiran ahli-ahli NUBE yang memenuhi mahkamah hari ini membuktikan bahawa pekerja berdiri teguh mempertahankan CA20 dan akan terus mempertahankan setiap artikel yang melindungi maruah kita.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli NUBE yang hadir ke perbicaraan hari ini, sanggup mengambil cuti dan meluangkan masa demi berdiri dalam solidariti. Kehadiran anda memberi mesej yang kuat. Perbicaraan dijadualkan bersambung pada 7 Januari 2026, jadi tandakan tarikh ini, mohon cuti dan hadir memberi sokongan kepada perjuangan kita. Masih ada 21 artikel lagi yang dipertikaikan dan akan dibahaskan di mahkamah. Mari kita teruskan perjuangan ini bersama-sama.
#CA20Disabotaj #NUBE #CA20 #MahkamahPerusahaan #IndustrialCourt #KeadilanPekerja #WorkersJustice #WeFightInjustice #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #IntegritiKewangan #FinancialIntegrity #TuntutanNUBE #NUBEDemands #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now