14 Nov 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN NUBE KT KE CIMB, BANK ISLAM DAN RHB PASIR MAS

Pasir Mas, 12 November 2025 (Rabu) – Ahli NUBE NUBE KT telah mengadakan lawatan rasmi ke CIMB, Bank Islam dan RHB Pasir Mas. Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Sdr. Muhammad Eiw Bin Abdullah, bersama Ahli Jawatankuasa, Sdr. Nik Mohamed Zulfazlie Bin Nik Mustoffa, Sdri. Mardiana Binti A. Rahim, dan Sdri. Siti Khadijah Binti Ya.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh kefahaman ahli mengenai hak-hak pekerja, membincangkan isu semasa dalam industri perbankan, serta memantapkan semangat solidariti dalam kalangan ahli. Antara isu yang dibincangkan termasuk cabaran pendigitalan, beban kerja, keselamatan pekerjaan, dan kepentingan kesejahteraan mental.

Lawatan ini juga menjadi platform penting bagi ahli untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan, serta mengukuhkan kerjasama dalam menghadapi cabaran yang dihadapi oleh pekerja bank masa kini.

#NUBEKT #NUBEMalaysia #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #KesatuanKuat #UnionStrong #HakPekerja #WorkersRights #PerjuanganBersama #TogetherWeRise #KebajikanAhli #MemberWelfare #BersatuTeguh #EmpoweringWorkers #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]