LAWATAN NUBE PKP KE UOB BUTTERWORTH DAN CIMB TAMAN SELAT
Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP, Sdri Marjaan dan Sdr Ayob, telah mengadakan lawatan rasmi ke dua buah cawangan bank iaitu UOB Butterworth dan CIMB Bank Taman Selat.
Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kepimpinan NUBE dan ahli di tempat kerja, di samping mendengar secara langsung pandangan, aduan dan cabaran yang dihadapi oleh ahli di peringkat cawangan.
Dalam sesi kunjungan tersebut, wakil NUBE PKP turut memberi penerangan mengenai perkembangan rundingan CA20, termasuk penambahbaikan dari segi elaun, waktu bekerja dan kebajikan ahli.
Ahli-ahli di kedua-dua cawangan menyambut baik kehadiran wakil NUBE PKP dan menzahirkan penghargaan atas usaha berterusan kesatuan yang sentiasa turun padang mendengar suara ahli secara langsung.
Lawatan ini sekali lagi membuktikan bahawa NUBE bukan sekadar kesatuan atas kertas, tetapi sebuah keluarga besar yang terus memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan semua pekerja bank.
NUBE PKP merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan dan staf di kedua-dua cawangan atas sambutan mesra yang diberikan, serta kepada semua ahli yang terus berdiri teguh bersama kesatuan.
#NUBEPKP #NUBEMalaysia #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #KesatuanKuat #UnionStrong #HakPekerja #WorkersRights #PerjuanganBersama #TogetherWeRise #KebajikanAhli #MemberWelfare #BersatuTeguh #EmpoweringWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now