MESYUARAT BERSAMA AHLI DI PUBLIC ISLAMIC BANK & HPC CENTRE JALAN KOTA
Alor Setar – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan NUBE untuk memperkukuh kesedaran, kefahaman dan solidariti dalam kalangan ahli, satu siri mesyuarat dan lawatan kerja telah diadakan di Public Islamic Bank serta HPC Centre Jalan Kota.
Lawatan ini diketuai oleh Ketua Zon 6 NUBE PKP, Sdr. Zaini Halidan, bersama Ahli Jawatankuasa Kerja, Sdr. Sallehuddin.
Dalam sesi tersebut, Sdr. Zaini meneliti isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh ahli termasuk kebajikan di tempat kerja, tekanan kerja, serta pelaksanaan Artikel-Artikel dalam Perjanjian Kolektif (CA) yang wajib dipatuhi oleh pihak majikan.
Beliau menegaskan bahawa setiap maklum balas daripada ahli amat penting dalam menentukan arah perjuangan NUBE di peringkat zon dan kebangsaan. Sdr. Zaini turut mengulangi komitmen bahawa Zon 6 akan terus berada di barisan hadapan dalam mempertahankan hak dan martabat ahli, walaupun dalam keadaan sokongan minoriti.
Sesi lawatan turut disertai perbincangan ringkas mengenai perkembangan terkini perjuangan NUBE serta persediaan menghadapi cabaran baharu dalam industri perbankan.
NUBE akan terus berdiri teguh, demi hak, maruah dan kesejahteraan setiap ahli!
#NUBEMalaysia #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #KesatuanKuat #UnionStrong #HakPekerja #WorkersRights #PerjuanganBersama #TogetherWeRise #KebajikanAhli #MemberWelfare #EmpoweringWorkers #BersatuTeguh #OneForAllAllForOne #NUBEPKP #SuaraPekerja #StrengthInUnity
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now