“JANGAN BULI PEKERJA. KAMI BUKAN HAMBA.” MTUC BERDIRI TEGUH BERSAMA NUBE!
Di hadapan Bank Negara Malaysia, Bro. Kamarul Baharin, Setiausaha Agung MTUC, menyampaikan mesej yang seluruh negara perlu dengar.
Beliau menegaskan bahawa MTUC berdiri kukuh bersama NUBE. Pekerja adalah aset negara, tunjang ekonomi dan nadi pembangunan.
Beliau mengingatkan satu hakikat yang pedih.
Bila berlaku buli di sekolah, seluruh negara bangkit marah. Tapi bila pekerja dibuli, bila ahli NUBE ditekan, ditindas dan dieksploitasi… ramai pemimpin memilih untuk diam.
“Jangan buli kami.
Jangan tindas pekerja.
Jangan jadikan pekerja hamba.
Pekerja bukan alat untuk mengkayakan CEO.”
Perjuangan ini bukan hanya perjuangan NUBE. Ini perjuangan seluruh Malaysia menentang ketidakadilan. Berdirilah bersama kami. Sebarkan mesej ini. Biar seluruh negara tahu.
#NUBE #MTUC #BankNegaraMalaysia #HentikanBuliPekerja #StopWorkerBullying #WeFightInjustice #KeadilanPekerja #WorkersJustice #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now