MESYUARAT BERSAMA AHLI NUBE DI CIMB KANGAR
Satu sesi mesyuarat telah diadakan bersama ahli-ahli NUBE di CIMB Kangar yang dipengerusikan oleh Ketua Zon, Sdr Zaini Halidan, bersama Ahli Jawatankuasa Kerja, Sdr Sallehuddin.
Mesyuarat ini bertujuan untuk mendengar secara langsung suara dan pandangan ahli di peringkat cawangan, khususnya berkaitan isu-isu tempat kerja, cabaran semasa serta pelaksanaan hak-hak pekerja di bawah Perjanjian Kolektif (CA) dan undang-undang buruh.
Sepanjang sesi tersebut, pelbagai isu dikongsi oleh ahli termasuk tekanan kerja, beban tugas yang semakin meningkat serta keperluan mendapatkan sokongan yang lebih tersusun daripada pihak pengurusan. Sdr Zaini turut memberikan penerangan mengenai perkembangan terkini perjuangan NUBE, termasuk kes-kes yang sedang dibawa ke Mahkamah Perusahaan serta tindakan susulan terhadap aduan intimidasi dan ketidakpatuhan majikan terhadap Artikel CA.
Beliau juga menegaskan bahawa NUBE sentiasa komited memperjuangkan hak serta kebajikan ahli tanpa mengira latar belakang atau jawatan. Mesyuarat ditutup dengan sesi soal jawab dan penegasan bahawa NUBE akan terus memperkukuh jaringan sokongan di peringkat cawangan bagi memastikan setiap ahli mendapat pembelaan sewajarnya.
Sebelum mesyuarat berlangsung, satu lawatan kerja turut diadakan ke beberapa cawangan bank di sekitar Kangar sebagai usaha berterusan mendekati ahli di lapangan.
#NUBEPKP #SolidaritiPekerja #SuaraAhli #HakPekerja #KesatuanKuat #WorkersRights #UnionStrong #OneForAllAllForOne #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now