BANK ANTI KESATUAN SEMAKIN MENJADI! MTUC BERDIRI TEGUH BERSAMA NUBE!
Di hadapan Bank Negara Malaysia, Dato’ Mohamed Dauzkaply, Timbalan Presiden MTUC, menyampaikan mesej tegas yang seluruh pekerja perlu dengar.
Beliau menegaskan bahawa MTUC berdiri penuh bersama NUBE. Beliau mendedahkan hakikat pahit: bank bank kini jelas cuba menyekat kegiatan kesatuan pekerja. Pendek kata, bank hari ini semakin anti union.
Penindasan ini bukan perkara baru. Ia sudah lama berlaku dan mesti dihentikan sekarang.
Sebagai pengawal selia, BNM ada tanggungjawab untuk bertindak, bukan berdiam diri. BNM mesti arah CEO bank selesaikan semua isu tertunggak yang telah lama membebankan pekerja.
Tekanan terhadap pekerja tidak akan berhenti jika kita diam. NUBE, MTUC dan pekerja Malaysia akan terus lawan!
Tonton, komen dan kongsikan video ini supaya seluruh negara tahu apa yang berlaku!
#NUBE #MTUC #BankNegaraMalaysia #BNMSenyap #BNMSilent #AntiUnion #HentikanPenindasan #StopWorkerOppression #WeFightInjustice #KeadilanPekerja #WorkersJustice #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now