21 Nov 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN NUBE PERAK KE MAYBANK & RHB KUALA KANGSAR

Pada 19 November 2025, NUBE Perak meneruskan komitmen turun padang demi memperkukuh solidariti dan memastikan setiap ahli mendapat perhatian sewajarnya melalui siri lawatan kerja ke Kuala Kangsar.

Lawatan ini diketuai oleh Bro Gobi Raj dan Bro Mohd Ariff, yang turun padang dengan penuh semangat perjuangan untuk menyantuni ahli di dua cawangan bank iaitu Maybank Kuala Kangsar dan RHB Kuala Kangsar, demi memperkukuh solidariti dan memastikan suara pekerja terus didengari.

Dalam setiap sesi pertemuan, para pegawai:

Mendengar isu, tekanan kerja dan cabaran harian ahli

Memberi penerangan mengenai perkembangan CA20

Menjelaskan isu FA serta hak-hak pekerja di bawah CA

Memperkasa ahli agar berani bersuara dan bersatu menentang ketidakadilan

Ahli-ahli di kedua-dua cawangan menyambut kehadiran NUBE Perak dengan penuh rasa bangga dan penghargaan. Kehadiran kepimpinan kesatuan memberi keyakinan kepada mereka bahawa perjuangan ini bukan retorik, tetapi usaha nyata di lapangan.

NUBE Perak akan terus bergerak ke setiap cawangan, memastikan tiada ahli yang terpinggir dan setiap suara pekerja menjadi sebahagian daripada kekuatan kolektif kita.

ONE FOR ALL, ALL FOR ONE!

#NUBEPerak #SolidaritiPekerja #UnionStrong #KesatuanKuat #WorkersRights #BersatuKitaTeguh #OneForAllAllForOne #PerjuanganPekerja #BankWorkersUnited #KebajikanAhli

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]