21 Nov 2025

BERITA NUBE

 

 

BNM, SAMPAI BILA MAHU SENYAP?

Di hadapan Bank Negara Malaysia, Presiden NUBE Micheal Tan Eng Hong membongkar satu demi satu kegagalan bank dan pengawal selia negara.

Beliau menceritakan bagaimana aduan terhadap bank semakin hari semakin banyak, namun CEO bank tidak boleh dipercayai kerana integriti mereka makin hilang.

Dari situ timbul persoalan besar yang bermain di fikiran ramai: “Kenapa Bank Negara masih senyap sampai hari ini? Adakah CEO bank atau ABM sebenarnya bersekongkol dengan BNM?”

Beliau turut dedahkan bagaimana banyak cawangan bank ditutup, terutama di pekan kecil dan kampung. Setiap kali NUBE bertanya sebabnya, semua CEO jawab perkara sama: “Kami dapat kebenaran dari Bank Negara.”

CEO salahkan BNM.

BNM pula terus senyap.

Ini bukan salah faham, ini penindasan sistemik. NUBE tuntut keadilan, tindakan, dan integriti.

Tonton dan kongsikan. Biar seluruh negara tahu.

#NUBE #BNMSenyap #BNMSilent #WeFightInjustice #KeadilanPekerja #WorkersJustice #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #IntegritiKewangan #FinancialIntegrity #VoiceOfWorkers #SuaraPekerja #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]