24 Nov 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA ZON GEORGETOWN CIMB TANJUNG BRANCH, LEBUH PANTAI, PULAU PINANG

Delegasi NUBE PKP yang diketuai oleh Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Pengerusi NUBE PKP, bersama Sdri Harinder, Sdr Arjunan dan Sdr Cheng Al-Vin, meneruskan siri lawatan lapangan dengan bertemu ahli di CIMB Tanjung Branch. Kehadiran delegasi disambut penuh mesra dan rasa kekitaan, mencerminkan keyakinan ahli bahawa kesatuan sentiasa berada di sisi mereka di lapangan.

Dalam sesi pertemuan tersebut, ahli menerima penjelasan jelas dan terperinci mengenai perkembangan CA di Mahkamah Perusahaan serta cadangan strategik yang sedang diperjuangkan oleh NUBE. Pencerahan ini membantu memperkukuh kefahaman ahli terhadap usaha kesatuan dan hala tuju perjuangan yang sedang digerakkan.

Ahli turut menyatakan rasa gembira, lega dan puas hati atas komitmen kepimpinan yang turun padang serta menegaskan kesediaan mereka untuk terus berdiri teguh bersama kesatuan dalam mempertahankan maruah, hak dan kebajikan pekerja bank.

Solidariti terus diperkukuh — perjuangan diteruskan!

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #WorkersUnite #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]