APA SEBENARNYA BERLAKU DI MAHKAMAH PADA 12 NOVEMBER? SERANGAN TERBESAR TERHADAP CA KITA BERLANGSUNG SECARA TERBUKA
Pada 12 November, NUBE sekali lagi berdepan serangan terancang daripada MCBA yang dikawal 17 CEO bank. Di mahkamah, mereka cuba melemahkan empat artikel penting dalam cadangan CA20, iaitu Artikel 42, 43, 44 dan 45. Empat artikel ini adalah tonggak kepada suara pekerja, keselamatan, bantuan keluarga dan masa depan anda di tempat kerja.
Serangan ini berlaku secara terbuka dalam prosiding rasmi. MCBA menolak secara terang usaha NUBE untuk menambah perlindungan kepada ahli. Apa yang mereka mahu sangat ialah CA yang lebih lemah supaya bank boleh buat apa sahaja tanpa suara pekerja.
Artikel 42
Social Dialogue
NUBE mahu sesi dialog berkala supaya bank tidak boleh ubah dasar tanpa berbincang. MCBA cuba sekat kerana mereka mahu kawal keputusan tanpa suara pekerja.
Artikel 43
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
NUBE tuntut standard keselamatan yang lebih kuat termasuk kesihatan mental dan sistem OSHMS yang wajib. MCBA tolak kerana peningkatan standard keselamatan memerlukan kos dan mendedahkan isu toksik di tempat kerja.
Artikel 44
Bantuan Perayaan (Festival Aid)
NUBE cadang dua bulan gaji sebagai bantuan perayaan. MCBA tolak mentah walaupun bank untung berbilion. Bantuan ini soal maruah keluarga, bukan kemewahan.
Artikel 45
Reskilling, Upskilling dan Program Pemberdayaan
NUBE mahu latihan pekerja dirunding bersama untuk elakkan eksploitasi. MCBA mahu kuasa penuh untuk guna alasan reskilling bagi menekan gaji dan menggantikan pekerja.
Mulai esok, kita akan dedahkan satu persatu apa yang mereka cuba buang dari CA anda. Ini bukan isu kecil. Ini masa depan seluruh ahli.
Jangan lepaskan. Ikuti setiap pendedahan supaya anda nampak gambaran besar serangan terhadap hak pekerja.
One for all, all for one.
#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #SeranganKeAtasCA #SuaraPekerja #SolidaritiNUBE #ProtectOurCA #CA20Sabotaged #WorkersUnited #VoiceOfWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now